Keluaran dan sambutan Adiwarna

Adiwarna dikeluarkan pada 29 Jun 1998 dan mendapat sambutan yang baik semasa pelancarannya dan telah terjual sebanyak 100, 000 unit dan menerima pensijilan 4x platinum. Di samping itu, muzik video untuk lagu "Purnama Merindu", “Diari Hatimu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”, “Laguku Di Hatimu”, “Demi Kasih Sayang” dan “Gelora Asmara” telah dikeluarkan.[5]

Sepertimanya tiga album Siti Nurhaliza terdahulu, album Adiwarna juga diterbitkan dalam versi alternatif dengan kulit album yang berbeza. Album ini juga dikeluarkan enam bulan selepas Siti menubuhkan syarikatnya, Siti Nurhaliza Productions pada 12 Januari, sehari selepas ulang tahun kelahirannya ke-19.

Kejayaan album Adiwarna meyakinkan Siti Nurhaliza bahawa sesetengah album perlu disinergikan pada platform media lain untuk memastikan ia berjaya.[6]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Adiwarna http://books.google.com/books?id=DwoEAAAAMBAJ&pg=R... http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://www.sitizone.com/sz/index.php?option=com_co... http://sitisentral.weebly.com/adiwarna.html http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt...